Saturday, June 21, 2014

Website MPP UiTM Berwajah Baru

Selain memberi maklumat secara aktif melalui laman media sosial di Facebook dan Twitter. Kini laman sesawang rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam telah berwajah baru dan lebih banyak maklumat yang boleh diperolehi oleh para pelajar. Jom kita jenguk sekejap laman sesawang rasmi MPP di http://mpp.uitm.edu.my/# semoga dapat memberi sedikit maklumat penting buat para pelajar.

"Transformasi Kepimpinan Menerajui Wadah Yang Bitara"

#MppAlert #MppCare #MppCakna #UiTMSpirit



Saturday, June 14, 2014

ISU PEMBINAAN TEMBOK DAN PENUTUPAN PINTU PAGAR DI BELAKANG KONDOMINIUM KRISTAL (Repost)

Assalamualaikum dan salam UiTM dihatiku.

Seperti yang dimaklumkan, pada 22 Mei 2014, pihak Pengurusan Kondominium Kristal telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penduduk Kondominium Kristal tentang perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bertarikh 12 Februari 2014 yang memerintahkan pihak pemaju, Worldwide Holdings Berhad menutup dan membina tembok di pintu belakang kondominium yang menghubungkan Kondominium Kristal dengan UiTM Shah Alam.

Di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam 13/14, kami sudah sedia maklum tentang aduan para pelajar Non-Resident yang menetap di Kondominium Kristal. Mereka telah membuat surat bantahan dan borang petisyen bagi menguatkan lagi sokongan bantahan tersebut. Sebagai suara pelajar, sudah tentu kami berpihak kepada anda kerana perkara sebegini adalah berkaitan dengan kebajikan pelajar UiTM. Jika pintu pagar itu ditutup, perkara ini akan memberi impak yang besar kerana majoriti pelajar yang menetap di situ tidak mempunyai kenderaan sendiri dan mereka menggunakan pintu pagar tersebut untuk ke fakulti. Pihak pengurusan kondominium juga telah mengeluarkan notis secara mengejut dan ini membuatkan pelajar tidak mendapat makluman awal dan bersedia dengan sebarang kemungkinan terutamanya menjelang peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Bagi menyelesaikan perkara ini, wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 (MPP) telah pergi ke pejabat pengurusan Kondominium Kristal berjumpa dengan Cik Hasnita Binti Yusof (Eksekutif Bangunan) untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Penjelasan yang diberikan pihak pengurusan kondominium mengatakan bahawa pintu pagar di belakang kondominium itu memang akan dirobohkan kerana ia merupakan arahan daripada Mahkamah Tinggi, Shah Alam. Antara sebab penutupan pintu tersebut adalah bertujuan untuk keselamatan penduduk kondominium. Kami juga telah berjumpa dengan Penasihat Undang-Undang UiTM (Pn. Rasanubari) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak UiTM berhubung isu berkenaan.

Setelah mendapat penjelasan kedua-dua pihak, MPP telah mengusulkan satu jalan penyelesaian iaitu meminta penangguhan kerja-kerja pembinaan tembok dan meruntuhkan pagar sehingga 14 Julai 2014 iaitu hari terakhir peperiksaan akhir semester sesi Mac – Julai 2014. Pihak JMB telah menerima permohonan tersebut dan akan memanjangkan isu berkanaan kepada pihak Worldwide Holdings Berhad untuk membuat pertimbangan semula. Salinan surat permohonan penangguhan telah mendapat perhatian TNC HEP, TNC Penyelidikan dan Inovasi, PNC Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT dan Penasihat Undang – undang UiTM. Oleh itu, tindakan kami seterusnya adalah meminta untuk menghadiri mesyuarat bersama Pengurusan Worldwide Holdings Berhad, JMB dan UiTM dalam masa terdekat..

Kami dari barisan MPP sesi 2013/14 akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan perkara ini dan segala makluman dan kemas kini tentang isu ini akan disampaikan kepada anda kemudian. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dirahmati Allah.

“TRANSFORMASI KEPIMPINAN MENERAJUI WADAH YANG BITARA”.

Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
Exco Aduan Kemudahan & Pengangkutan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam

*Gambar surat yang telah dicop oleh Pihak Pengurusan Kondominium Kristal dan perbincangan bersama penasihat Undang-undang UiTM.







Laluan Alternatif Kondominium Kristal (Repost)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berkenaan isu penutupan pintu pagar antara Kondominium Kristal dan UiTM, Pihak kami telah sedaya upaya untuk membawa suara mahasiswa. Akan tetapi perjumpaan kami yang lepas, tidak di layan dan kini, Pintu pagar itu telah ditutup sepenuhnya.

Kami ada membawa inisiatif lain atas cadangan beberapa mahasiswa yang tinggal di kawasan berkenaan. Pihak kami telah berbincang dengan unit kenderaan UiTM dan sebulat suara bersama pihak unit kenderaan untuk menyediakan perkhidmatan bas pergi dan balik buat semua mahasiswa yang tinggal di Kondominium Kristal bagi memudahkan pergerakan mahasiswa untuk ke kuliah. Laluan alternatif baru ini akan berkuatkuasa bermula Isnin, bersamaa 2 JUN 2014. Diharap dengan adanya laluan alternatif bas bagi mahasiswa yang tinggal di Kondominium kristal ini dapat memudahkan pergerakan pelajar untuk ke kuliah.

Bagaimanapun, pihak kami tidak akan berdiam diri dan kami akan terus memperjuangkan suara mahasiswa berkenaan isu pagar tersebut. Kami cakna suara anda.

"Transformasi Kepimpinan Menerajui Wadah Yang Bitara"

#MPPCARE #MPPALERT #UiTMSPIRIT



Disebalik Program Majlis Restu Ilmu,Solat Hajat & Berbuka Puasa FSKM

Majlis Restu Ilmu,Solat Hajat & Berbuka Puasa

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat & Berbuka Puasa Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),Sekretariat Mahasiswa Fakulti(SMF) FSKM dengan kerjasama Biro Kerohanian Kelab Dalaman FSKM yang telah berlangsung pada 12 Jun 2014 di Dewan Al-Ghazali.

Segalanya berjalan dengan lancar.Antara pesanan yang disampaikan dari Timbalan Dekan HEP FSKM (Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar )

1) Sebelum peperiksaan bermula, minta restu dan doa dari ibubapa
2) Kuliah terakhir jangan sibuk bergambar dengan pensyarah dan rakan-rakan sahaja,minta restu dari pensyarah yang mengajar
3) Amalkan solat sunat dan perbanyakkan membaca Al-Quran

Selain itu, En Shukor juga turut menyampaikan pesanan.

"Sejauh mana kita belajar,yang paling penting adalah akhlak kita, Kalau akhlak kita baik,maka kita akan dapat apa yang kita mahukan"


"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati."




Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir untuk warga UiTM khususnya pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Se-Malaysia

p/s : Ramadhan hampir tiba..:)


Wednesday, June 11, 2014

Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat & Berbuka Puasa

Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan Kelab Dalaman FSKM menjemput SEMUA pelajar FSKM ke Majlis Restu Ilmu (Solat Hajat & Berbuka Puasa):

Tarikh : 12 Jun 2014(Khamis)
Masa : 5.30PM - 9.00PM
Tempat : Dewan Al-Ghazali,FSKM

Untuk pendaftaran,boleh hubungi saudari Ara(0173855874) & Hamiza(0174289864)

* kupon aktiviti disediakan
* makanan disediakan untuk 250orang terawal

Ayuh..meriahkan program ilmu dan mendengar nasihat terakhir sebelum menjelang peperiksaan akhir bersama Dekan, Timbalan Dekan Fakulti serta Ketua Pusat Pengajian program masing-masing...




Tuesday, May 6, 2014

Masa dan Perkhidmatan Bas Shuttle di UiTM Shah Alam

Assalamualaikum...Hai rakan-rakan semua.. harap sihat-sihat belaka okay..:)
Minggu ni sudah masuk minggu ke-8 kalau tak silap pengiraan saya bagi sistem kumpulan B iaitu Ijazah dan Master. Mungkin tekanan dan kekusutan telah menyelubungi diri anda semua. Mohon bersabar k. Anggaplah sebagai ujian dan cabaran. 

Okay.. Post kali ini mengenai perkhidmatan bas di UiTM Shah Alam. Baru-baru ini satu artikel telah menimbulkan satu isu yang mungkin dianggap lapuk. Tetapi bagi saya, isu itu sangat bagus diketengahkan. Memang benar,isu bas ini makin lama makin parah..Terima kasih kepada penulis artikel tersebut kerana membuka mata ramai pihak. Saya(Izwan) bersama rakan seperjuangan (Alif) dari Exco Aduan Kemudahan dan Pengangkutan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sebenarnya sedang cuba untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. 

Cadangan mengenai bas bergerak 15 minit sekali.

Perlaksaan telah dilakukan bermula pada buka cuti pertengahan semester yang lepas. Tetapi publisiti mengenai masa pergerakan bas tersebut tidak disambut baik oleh mahasiswa UiTM. Kami di barisan MPP telah mempamerkan masa dan pergerakan bas di booth2 yang telah kami buka,tetapi malangnya hanya segelintir pelajar yang ambil tahu. Mungkin melalui medium(artikel) ini, penyebaran maklumat akan lebih pantas. Mohon mana2 mahasiswa UiTM yang membaca artikel ini, silalah share kepada rakan2 untuk kebaikan bersama.

LALUAN A


Nota : 


LALUAN B



Nota :



LALUAN C2


Nota :


LALUAN C



Nota :


LALUAN D


Nota :


LALUAN E



Nota :


LALUAN G


Nota :



Bilangan Bas :
A : 6 Buah
B : 6 Buah
C : 5 Buah
C2 : 2 Buah
D : 3 Buah
E : 4 Buah
G : 4 Buah

Untuk pengetahuan semua, Bas laluan A dan laluan B menggunakan bas UiTM dan bas laluan C,C2,D,E,G menggunakan bas Etika Delta. Jadual diatas adalah satu pendekatan baru yang cuba kami dan pengurusan Unit Kenderaan lakukan. Tetapi pelajar mesti ingat, Shah Alam adalah satu bandar yang sangat sesak. Masa dan pergerakan bas bergantung pada keadaan jalan terutama waktu puncak.

Hasil dari survey yang dilakukan oleh MPP, pelajar merungut ketiadaan bas ketika hendak ke kelas tetapi bila di lihat pada rasionalnya, pelajar tersebut baru shja turun ke tempat bas tersebut dan mahukan bas segera. Mahasiswa haruslah berdisplin. Janganlah jadi seperti keadaan ini, "kelas jam 3ptg tetapi turun jam 2.50 ptg dan berharap bas akan muncul dengan segera". Sekiranya pelajar mahu sampai awal ke kelas,pelajar digalakkan menunggu bas awal. Bukan tunggu last minit kerana bas tidak menunggu anda.

Sekiranya pelajar hendak membuat pemerhatian sendiri mengenai mutu perkhidmatan bas yang disediakan, saya sarankan anda duduk memerhati di Perhentian Bas Kolej Seroja di mana semua bas tidak akan terlepas melalui perhentian bas tersebut.

Segala aduan dan masalah boleh terus emailkan kepada saya, norizwanshah@isiswa.uitm.edu.my atau saudara alif muhammadalif@isiswa.uitm.edu.my serta MPP di Fakulti masing-masing. InsyaAllah kami akan cuba membantu. Buatlah laporan dengan matang dan jangan menganiya orang. Laporan yang lengkap dengan bukti(gambar) akan kami bawakan terus ke pengurusan tertinggi UiTM.

Saya berharap agar artikel kali ini membantu mahasiswa UiTM khususnya di Shah Alam dalam kehidupan seharian di kampus. Sebarkanlah supaya memberi manfaat kepada rakan-rakan yang lain.

Terima Kasih

Teruslah Menyokong Kami di Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2013/2014


TRANSFORMASI KEPIMPINAN MENERAJUI WADAH YANG BITARA

Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
Muhammad Alif Bin Abdul Hamid
Exco Aduan Kemudahan & Pengangkutan
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014
UiTM Shah Alam

p/s : "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." - Tun Dr. Mahathir

Saturday, May 3, 2014

PERMOHONAN PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA (PMDS) SESI JUN 2014

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Permohonan Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) bagi sesi Jun 2014 sesi kini telah dibuka. Terbuka kepada semua pelajar Diploma /Asasi / Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam/Puncak Perdana/Puncak Alam/Sungai Buloh/Selayang.

PERMOHONAN DIBUKA BERMULA 24 APRIL 2014 HINGGA 7 MEI 2014. KURSUS PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA (KPMDS) SESI JUN 2014 DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 26 SEHINGGA 29 MEI.

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEH HUBUNGI DI TALIAN 03-55443521/ (MUHAMMAD ANUAR BIN SAIDIN - 017-4620309) ATAU MPP FAKULTI MASING-MASING.

Borang permohonan Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS)


http://mpp.thenextdin.com/mds


NOTA:

1. Permohonan dibuka bermula 24 April hingga 07 Mei 2014

2. MDS sesi Jun 2014 dijangka akan diadakan pada 01 Hingga 06 Jun 2014

3. Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) sesi Jun 2014 dijangka akan diadakan pada 26 hingga 29 Mei 2014 

4. Keputusan permohonan anda akan dimaklumkan melalui email atau telefon

5. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi di talian 03-55443521/ (Muhammad Anuar Bin Saidin - 017-4620309) atau MPP Fakulti masing-masing 

6. Pihak pengurusan berhak menolak permohonan dengan serta merta jika didapati anda memberikan maklumat yang tidak tepat 

7. Semua yang terpilih diwajibkan mengikuti kursus PMDS yang akan diadakan.



p/s : permohonan secara online sepenuhnya diaplikasikan oleh MPP sesi ini. Kemajuan seiring bersama kami..hehe
   


Friday, May 2, 2014

Barisan Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UiTM 2013/2014

Assalamualaikum semua..!

First post selepas tanggal 27 November 2013 dilantik sebagai MPP. Saya memperkenalkan apa itu MPP dan barisan kabinet MPP untuk sesi 2013/14 ini.

Pengenalan MPP

Majlis Perwakilan Pelajar atau ringkasnya MPP merupakan badan perwakilan pelajar yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. MPP kali ini terdiri daripada 50 ahli jawatankuasa yang disertai oleh 25 fakulti yang terdapat di UiTM Shah Alam termasuk daripada kampus-kampus satelit.


Misi dan Visi

Visi

Ke arah merealisasikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara sebagai sebuah badan kepimpinan yang berintegriti dan berketerampilan yang mengintegrasikan perpaduan mahasiswa mencakupi aspek global ke arah sebuah university bertaraf dunia.
 Misi
Membentuk sebuah organisasi yang mahasiswa yang lebih prihatin dan berwawasan dengan merealisasikan Model 21 Graduan UiTM.
Motto MPP sesi 2013/2014
"Transformasi Kepimpinan Menerajui Wadah Yang Bitara"
Barisan Kabinet MPP UiTM Shah Alam 2013/2014
MAJLIS TERTINGGI
Yang DiPertua :
Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu (Fakulti Filem, Teater dan Animasi)
Naib Yang DiPertua:
Mohamad Anuar bin Saidin (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)
Setiausaha Agong:
Zetty Sufina binti Mohd Zanib (Fakulti Undang-Undang)
Bendahari Kehormat:
Nur Aliyah binti Misri (Fakulti Sains Komputer dan Matematik)

AHLI MAJLIS TERTINGGI
Setiausaha Eksekutif:
Muhammad Zahid bin Mohd Mustapha (Fakulti Kejuruteraan Awam)
Setiausaha Media dan Korporat:
Fathin Najwa binti Azman (Fakulti Sains Gunaan)
Setiausaha Kerja 1:
Hanna Izzati binti Mohamed Razman (Fakulti Kejuruteraan Kimia)
Setiausaha Kerja 2:
Mohd Fariezzuan bin Harun (Fakulti Sains Kesihatan)
 Penolong Bendahari:
Syahmi bin Suhaimi (Fakulti Perakaunan)

JABATAN KEBAJIKAN MAHASISWA (JKM)
 Penolong Naib Yang DiPertua( Kebajikan Mahasiswa):
Mohamad Alif Nazmi bin Zakaria ( Fakulti Pengurusan Perniagaan)
 Exco Biasiswa dan Bantuan Kewangan:
1) Izzat Rafiq bin Mohamad Mastam (Fakulti Kejuruteraan Kimia)
2) Muhammad Hafizzudin bin Fazri Suhailan (Fakulti Perubatan)
 Exco Hal Ehwal Siswi:
1) Amalina binti Mohd Halil (Fakulti Sains Kesihatan)
2) Nur Faieza binti Halim (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Massa)
 Exco Penempatan dan Kolej:
1)Nur Fatin Izzati binti Kamarroni (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)
2) Mohd Khairul Iskandar (Akademi Pengajian Bahasa)
 Exco Penempatan dan Non-Resident:
1)Siti Nazila binti Ishak (Fakulti Farmasi)
2)Nor Zarikha binti Zahari (Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi)
3)Abdul Ghaffar bin Mohamad (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi)
 Exco Aduan Kemudahan dan Pengangkutan:
1)Nor Izwan Shah bin Abd Rahim (Fakulti Sains Komputer dan Matematik)
2)Muhammad Alif bin Abdul Hamid (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)
 Exco Perundangan dan Keselamatan:
1)Sharifuddin bin Sulaiman (Fakulti Pengurusan Maklumat)
2)Muhammad Nur Firdaus bin Mohd Daud (Fakulti Undang-Undang)
3)Nina Zahira bt Md Ali (Fakulti Muzik)

JABATAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (JPM)
 Penolong Naib Yang DiPertua (Pembangunan Mahasiswa):
Norhazree bin Mat Daud (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan)
 Exco Akademik:
1)Nurul Syuhadah binti Norhasini (Fakulti Kejuruteraan Awam)
2)Luqman bin Zulkarnain (Fakulti Pergigian)
 Exco Kerjaya dan Kaunseling:
1)Nasihah binti Md Jalal Fahmey (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)
2)Muhammad Hafiz bin Ahmad Shaharuddin (Fakulti Perubatan)
 Exco Kerohanian dan Pembangunan Insan:
1)Nor Fasharah Fatin binti Mat Isa (Fakulti Perakaunan)
2)Mohamad Amin bin Ahmad (Fakulti Sains Gunaan)
 Exco Sukan dan Rekreasi:
1)Muhammad Arif bin Mohd Amir (Fakulti Pendidikan)
2)Afiqah binti Aten (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)
 Exco Kesenian dan Kebudayaan:
1)Mohd Azrul bin Zakaria (Fakulti Muzik)
2)Nur Syafiqah binti Abd Mutalib (Fakulti Farmasi)

JABATAN PERHUBUNGAN DAN PENGANTARABANGSAAN (JPP)
 Penolong Naib Yang DiPertua (Perhubungan dan Pengantarabangsaan):
Muhammad Hariz bin Iskandar (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi)
 Exco Perhubungan Kampus dan Alumni:
1)Muhammad Waridi bin Lokman Tee (Fakulti Pengurusan Maklumat)
2)Syazwani binti Mohamad (Fakulti Pengurusan Perniagaan)
 Exco Perhubungan Luar dan Antarabangsa:
1)Hidayatul Helwa binti Hazman (Akademi Pengajian Bahasa)
2)Muhammad Hazim Ridhwan bin Muhammad Zulhainan (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan)
 Exco Perhubungan Dalaman:
1)Rahimie bin Razali (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media)
2)Nor Liana binti Hasim (Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur)

JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN INFORMASI
 Penolong Naib Yang DiPertua (Pengurusan Sumber dan Informasi):
Faizah Hanim binti Zainuddin (Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi)
 Exco Penerangan dan Media:
1)Mazrul Azreen bin Aladin (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka)
2)Muhammad Qawiem bin Suhaimi (Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka)
3)Fakhrur Razi bin Hj. Ahmad Zulkepli (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi)
 Exco Pengurusan dan Pentadbiran Dalaman:
1)Shah Ameerul Aideen bin Zulkifli (Fakulti Filem Teater dan Animasi)
2)Muhammad Afnas Syahmir bin Abdul Aziz (Fakulti Pergigian)
 Exco Keusahawanan:
1)Mohd Redzuan bin Abd Rashid (Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi)
2)Mohammad Safwan bin Mohd Muzaffar (Fakulti Pendidikan)

POSTER RASMI MPP UITM SHAH ALAM SESI 2013/2014 


MEDIA SOSIAL MPP UiTM SHAH ALAM  SESI 2013/2014



seditik pepatah yang diambil dari Samuel Smiles

"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" 

Teruslah Menyokong kami, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam !!!