Saturday, June 21, 2014

Website MPP UiTM Berwajah Baru

Selain memberi maklumat secara aktif melalui laman media sosial di Facebook dan Twitter. Kini laman sesawang rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam telah berwajah baru dan lebih banyak maklumat yang boleh diperolehi oleh para pelajar. Jom kita jenguk sekejap laman sesawang rasmi MPP di http://mpp.uitm.edu.my/# semoga dapat memberi sedikit maklumat penting buat para pelajar.

"Transformasi Kepimpinan Menerajui Wadah Yang Bitara"

#MppAlert #MppCare #MppCakna #UiTMSpirit



Saturday, June 14, 2014

ISU PEMBINAAN TEMBOK DAN PENUTUPAN PINTU PAGAR DI BELAKANG KONDOMINIUM KRISTAL (Repost)

Assalamualaikum dan salam UiTM dihatiku.

Seperti yang dimaklumkan, pada 22 Mei 2014, pihak Pengurusan Kondominium Kristal telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada penduduk Kondominium Kristal tentang perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam yang bertarikh 12 Februari 2014 yang memerintahkan pihak pemaju, Worldwide Holdings Berhad menutup dan membina tembok di pintu belakang kondominium yang menghubungkan Kondominium Kristal dengan UiTM Shah Alam.

Di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam 13/14, kami sudah sedia maklum tentang aduan para pelajar Non-Resident yang menetap di Kondominium Kristal. Mereka telah membuat surat bantahan dan borang petisyen bagi menguatkan lagi sokongan bantahan tersebut. Sebagai suara pelajar, sudah tentu kami berpihak kepada anda kerana perkara sebegini adalah berkaitan dengan kebajikan pelajar UiTM. Jika pintu pagar itu ditutup, perkara ini akan memberi impak yang besar kerana majoriti pelajar yang menetap di situ tidak mempunyai kenderaan sendiri dan mereka menggunakan pintu pagar tersebut untuk ke fakulti. Pihak pengurusan kondominium juga telah mengeluarkan notis secara mengejut dan ini membuatkan pelajar tidak mendapat makluman awal dan bersedia dengan sebarang kemungkinan terutamanya menjelang peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Bagi menyelesaikan perkara ini, wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 (MPP) telah pergi ke pejabat pengurusan Kondominium Kristal berjumpa dengan Cik Hasnita Binti Yusof (Eksekutif Bangunan) untuk mendapatkan penjelasan sebenar. Penjelasan yang diberikan pihak pengurusan kondominium mengatakan bahawa pintu pagar di belakang kondominium itu memang akan dirobohkan kerana ia merupakan arahan daripada Mahkamah Tinggi, Shah Alam. Antara sebab penutupan pintu tersebut adalah bertujuan untuk keselamatan penduduk kondominium. Kami juga telah berjumpa dengan Penasihat Undang-Undang UiTM (Pn. Rasanubari) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak UiTM berhubung isu berkenaan.

Setelah mendapat penjelasan kedua-dua pihak, MPP telah mengusulkan satu jalan penyelesaian iaitu meminta penangguhan kerja-kerja pembinaan tembok dan meruntuhkan pagar sehingga 14 Julai 2014 iaitu hari terakhir peperiksaan akhir semester sesi Mac – Julai 2014. Pihak JMB telah menerima permohonan tersebut dan akan memanjangkan isu berkanaan kepada pihak Worldwide Holdings Berhad untuk membuat pertimbangan semula. Salinan surat permohonan penangguhan telah mendapat perhatian TNC HEP, TNC Penyelidikan dan Inovasi, PNC Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT dan Penasihat Undang – undang UiTM. Oleh itu, tindakan kami seterusnya adalah meminta untuk menghadiri mesyuarat bersama Pengurusan Worldwide Holdings Berhad, JMB dan UiTM dalam masa terdekat..

Kami dari barisan MPP sesi 2013/14 akan berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan perkara ini dan segala makluman dan kemas kini tentang isu ini akan disampaikan kepada anda kemudian. Semoga segala urusan dipermudahkan dan dirahmati Allah.

“TRANSFORMASI KEPIMPINAN MENERAJUI WADAH YANG BITARA”.

Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
Exco Aduan Kemudahan & Pengangkutan
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam

*Gambar surat yang telah dicop oleh Pihak Pengurusan Kondominium Kristal dan perbincangan bersama penasihat Undang-undang UiTM.







Laluan Alternatif Kondominium Kristal (Repost)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Berkenaan isu penutupan pintu pagar antara Kondominium Kristal dan UiTM, Pihak kami telah sedaya upaya untuk membawa suara mahasiswa. Akan tetapi perjumpaan kami yang lepas, tidak di layan dan kini, Pintu pagar itu telah ditutup sepenuhnya.

Kami ada membawa inisiatif lain atas cadangan beberapa mahasiswa yang tinggal di kawasan berkenaan. Pihak kami telah berbincang dengan unit kenderaan UiTM dan sebulat suara bersama pihak unit kenderaan untuk menyediakan perkhidmatan bas pergi dan balik buat semua mahasiswa yang tinggal di Kondominium Kristal bagi memudahkan pergerakan mahasiswa untuk ke kuliah. Laluan alternatif baru ini akan berkuatkuasa bermula Isnin, bersamaa 2 JUN 2014. Diharap dengan adanya laluan alternatif bas bagi mahasiswa yang tinggal di Kondominium kristal ini dapat memudahkan pergerakan pelajar untuk ke kuliah.

Bagaimanapun, pihak kami tidak akan berdiam diri dan kami akan terus memperjuangkan suara mahasiswa berkenaan isu pagar tersebut. Kami cakna suara anda.

"Transformasi Kepimpinan Menerajui Wadah Yang Bitara"

#MPPCARE #MPPALERT #UiTMSPIRIT



Disebalik Program Majlis Restu Ilmu,Solat Hajat & Berbuka Puasa FSKM

Majlis Restu Ilmu,Solat Hajat & Berbuka Puasa

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat & Berbuka Puasa Anjuran Majlis Perwakilan Pelajar(MPP),Sekretariat Mahasiswa Fakulti(SMF) FSKM dengan kerjasama Biro Kerohanian Kelab Dalaman FSKM yang telah berlangsung pada 12 Jun 2014 di Dewan Al-Ghazali.

Segalanya berjalan dengan lancar.Antara pesanan yang disampaikan dari Timbalan Dekan HEP FSKM (Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar )

1) Sebelum peperiksaan bermula, minta restu dan doa dari ibubapa
2) Kuliah terakhir jangan sibuk bergambar dengan pensyarah dan rakan-rakan sahaja,minta restu dari pensyarah yang mengajar
3) Amalkan solat sunat dan perbanyakkan membaca Al-Quran

Selain itu, En Shukor juga turut menyampaikan pesanan.

"Sejauh mana kita belajar,yang paling penting adalah akhlak kita, Kalau akhlak kita baik,maka kita akan dapat apa yang kita mahukan"


"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati."




Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir untuk warga UiTM khususnya pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Se-Malaysia

p/s : Ramadhan hampir tiba..:)


Wednesday, June 11, 2014

Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat & Berbuka Puasa

Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Sekretariat Mahasiswa Fakulti dan Kelab Dalaman FSKM menjemput SEMUA pelajar FSKM ke Majlis Restu Ilmu (Solat Hajat & Berbuka Puasa):

Tarikh : 12 Jun 2014(Khamis)
Masa : 5.30PM - 9.00PM
Tempat : Dewan Al-Ghazali,FSKM

Untuk pendaftaran,boleh hubungi saudari Ara(0173855874) & Hamiza(0174289864)

* kupon aktiviti disediakan
* makanan disediakan untuk 250orang terawal

Ayuh..meriahkan program ilmu dan mendengar nasihat terakhir sebelum menjelang peperiksaan akhir bersama Dekan, Timbalan Dekan Fakulti serta Ketua Pusat Pengajian program masing-masing...