Tuesday, November 26, 2013

PREVIEW MONTAJ CALON MPP FSKM 13/14



"MAHASISWA CAKNA KEBAJIKAN TERBELA"



Alhamdulillah, Hari ini adalah hari ketiga untuk Calon JPP UiTM bagi sesi 2013/2014 untuk berkempen.

Post sebelum ini serba sedikit tentang latar belakang calon majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik kita ini. Beliau adalah pemegang Diploma Statistik keluaran UiTM Perak dan sekarang di UiTM Shah Alam mengikuti kursus Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik. Sekarang berada di semester 5.

Berikut adalah video mantaj hasil jentera Izwan..Saksikan.....






Nik hanya menyampaikan sahaja. Sekiranya anda rasa beliau layak untuk menjadi wakil anda, pilihlah beliau.

Calon MPP : Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
Kursus : Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
Bahagian: 5
Fakulti : Sains Komputer dan Matematik
Slogan : Mahasiswa Cakna Kebajikan Terbela

Tunjukkan sokongan anda dengan
-like page Calon MPP FSKM : Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
- menggunakan hashtage(#) #Izwan4Fskm #Vote4Izwan

Yang Menulis,
Nik Maiziah
Pengurus Kempen



Monday, November 25, 2013

Kenali Calon Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

Alhamdulillah, Hari ini adalah hari kedua untuk Calon JPP UiTM bagi sesi 2013/2014 untuk berkempen.

Post sebelum ini http://izwan-ewan2x.blogspot.com/2013/11/calon-mpp-fakulti-sains-komputer-dan.html menceritakan kenapa anda perlu pilih saya. Nik rasa lebih molek post kali ini Nik ceritakan sedikit latar belakang calon. Nama diberi Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim. Beliau adalah pemegang Diploma Statistik keluaran UiTM Perak dan sekarang di UiTM Shah Alam mengikuti kursus Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik. Sekarang berada di semester 5. Beliau adalah anak pertama dari 3 orang adik beradik. Disini NIK senaraikan sekolah yang telah berjaya mendidik beliau seperti sekarang :-

1)    SK Selayang Baru 1
2)    Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Kuala Kubu Bharu
3)    Sekolah Agama Menengah(SAM) Hisamuddin Sg Bertih,Klang
4)    SMK Agama Kuala Selangor

Disini juga senaraikan pencapaian akademik untuk rujukan semua
1)    Sijil Pelajaran Malaysia
·         Pelajar Cemerlang SPM 2008
2)    Diploma Statistik
·         Tamat Dengan Anugerah Dekan
3)    Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
·         Dekan setiap semester(Sekarang semester 5)
4)    Microsoft Project Certificate

Selain mempunyai latar belakang akademik seperti di atas, beliau juga seorang yang
aktif dalam berpersatuan dan sukan. Beliau bukan saya aktif berpersatuan di
Universiti, beliau juga seorang yang aktif diluar. Berikut adalah senarai kegiatan
dan aktiviti beliau semasa bergelar mahasiswa UiTM :-

2009-2012 (UiTM Perak )
1. Ahli Jawatankuasa Semester 1 Persatuan Siswa Siswi Statistik (PESISTA)
2. Exco Akademik dan Kerjaya Persatuan Siswa Siswi Statistik(PESISTA)
3. Exco Protokol Persatuan Siswa Siswi Statistik(PESISTA)
4. Kelab Inovasi Kreatif Kolej Indera Sakti
5. Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS)
6. Pengarah Program Majlis Pra Graduan
7. Biro Program Majlis Makan Malam Fakulti
8. Pengarah Program Majlis Makan Malam Persatuan
9. Pengarah Program Lawatan ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan
10. Pengurus Promosi Program Pengacara Muda 2

2012-2013(UiTM Shah Alam)
1.    Jawatankuasa Perwakilan Blok Perindu
2.    Timbalan Presiden 2 Persatuan Statistik (Instats)
3.    Exco Perhubungan Dalaman Sekretariat Mahasiswa Fakulti
4.    Pengarah Program Operasi Khidmat Masyarakat “Syawal Membina Kenangan” Dungun
5.    Pengarah Program Sambutan Hari Raya Peringkat Kampung
6.    Timbalan Pengarah Program Perkhemahan Perdana Fakulti
7.    Biro Teknikal Program Kem Bina Semangat Manong
8.    Biro Makanan untuk semua program Fast-event Fakulti
9.    Fasilatator Program Kearah Kecemerlangan Akademik(KACA)

Kegiatan Luar UiTM
1.    Fasilatator Bebas
2.    Rakan Kongsi Sekolah Memandu Harmoni dan Rakan Ehsan

Nik hanya menyampaikan sahaja. Sekiranya anda rasa beliau layak untuk menjadi wakil anda, pilihlah beliau.

Calon MPP : Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
Kursus : Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik
Fakulti : Sains Komputer dan Matematik
Slogan : Mahasiswa Cakna Kebajikan Terbela

Tunjukkan sokongan anda dengan
-like page Calon MPP FSKM : Nor Izwan Shah Bin Abd Rahim
- mengunakkan hashtage(#) #Izwan4Fskm #Vote4Izwan

Yang Menulis,
Nik Maiziah
Pengurus Kempen

#izwan sekarang sedang sibuk berkempen. Beliau menyerahkan blog ini kepada nik untuk tujuan kempen.Maklumat diambil semasa sesi temuramah pagi tadi. Hanya sempat berbual kerana kekangan masa.



#Izwan4Fskm #UitmDihatiku


Sunday, November 24, 2013

Calon MPP Fakulti Sains Komputer dan Matematik



Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah..Syukur kepada Allah S.W.T. kerana hari ini (24/11/2013), saya telah dipilih menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Saya merupakan pelajar dari Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik. Saya juga merupakan Exco Perhubungan Dalaman Sekretariat Mahasiswa Fakulti(SMF), Timbalan Presiden 2 Kelab Statistik (inStats) dan Jawatankuasa Perwakilan Blok Perindu (JPB). Saya juga pernah menjadi salah seorang Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS). Sungguh tidak sangka yang saya dapat mencapai ke tahap ini. Ini merupakan satu penghargaan bagi saya. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang telah mencalonkan saya. Saya berjanji sekiranya saya dipilih menjadi MPP, saya akan menjalankan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh dedikasi dan efektif.



Kenapa anda perlu pilih saya?

(1)Penempatan kolej pelajar Ijazah yang berpindah ke UiTM Jasin dan Seremban 3

Seperti yang kita tahu, pelajar semester 1 hingga 4 akan berpindah ke kampus berkenaan pada semester hadapan. Sebulan yang lalu, saya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perjumpaan bersama arkitek UiTM Seremban 3  dan Timbalan Rektor UiTM Jasin bersama beberapa pelajar FSKM yang lain. Untuk pengetahuan, kawasan tersebut merupakan kawasan luar bandar dan mendapati kesukaran mencari rumah sewa di kawasan tersebut. Penempatan kolej  yang disediakan di kedua-dua kampus berkenaan boleh memuatkan 2500 pelajar dan hanya disediakan untuk pelajar diploma sahaja.  Sekiranya saya dipilih, saya akan berusaha untuk memperjuangkan hak pelajar untuk mendapatkan penempatan sementara di kolej berkenaan. Saya telah meninjau dan membuat beberapa pemerhatian, ketika proses perpindahan tersebut,pelajar diploma sedang bercuti. Ketika itu juga,kesemua kolej tersebut kosong. Saya akan berusaha mencadangkan pada pihak pengurusan supaya membenarkan pelajar menetap di kolej berkenaan.

(2) Bilik Rehat Pelajar NR ketika waktu “office hour”

Berdasarkan statistik semasa, FSKM mempunyai ramai pelajar Non Resident (NR) berbanding pelajar yang mendapat kemudahan kolej di UiTM Shah Alam. Hasil dari temuramah beberapa pelajar NR, mereka menghadapi kesukaran untuk ke kelas sekiranya ada "gap" yang panjang dalam jadual kelas mereka. Disebabkan faktor kewangan dan pengangkutan, mereka terpaksa "stay back" di fakulti. Ruang yang ada disekitar fakulti (Laman Najib) amat terhad ditambah pula aktiviti-aktiviti kelab turut diadakan di kawasan tersebut. Ini membuatkan pelajar NR tiada tempat untuk duduk menunggu sehingga kelas seterusnya bermula. Disebabkan hal ini, saya mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah bilik khas untuk pelajar NR memandangkan pada semester hadapan FSKM terlibat secara besar-besaran memindahkan pelajar ke kampus cawangan UiTM.  Saya akan cuba berusaha untuk mendapatkan sebuah bilik untuk kemudahan  pelajar NR.

(3)Pemansuhan Stiker Elektrik untuk pelajar aktif di fakulti

Sepanjang pengalaman saya berada di UITM selama 4 tahun, saya dapati mereka yang aktif di kolej pasti diberi keistimewaan kemudahan dan penempatan kolej. Manakala pelajar yang aktif di peringkat fakulti sebaliknya. Pelajar terpaksa berebut dengan pelajar lain untuk mendapatkan kemudahan kolej. Pada pandangan saya, pelajar aktif di fakulti juga menyumbangkan sesuatu untuk UiTM bahkan program di peringkat fakulti juga banyak mengharumkan nama UiTM. Sekiranya hak keistimewaan kolej tidak boleh diberikan kepada pelajar aktif dan pelajar aktif tersebut terpaksa bersaing dengan pelajar lain, saya akan memperjuangkan juga hak pelajar aktif dengan mencadangkan pihak pengurusan kolej memansuhkan bayaran elektrik kolej untuk pelajar aktif. Ini juga dikira sebagai menghargai jasa pelajar tersebut.

Sekiranya anda ingin perkara ini terjadi, AYUH PILIHLAH SAYA “ NOR IZWAN SHAH BIN ABD RAHIM” ~  "MAHASISWA CAKNA KEBAJIKAN TERBELA"