Assalamualaikum semua..
Kenapa anda perlu pilih saya?
(1)Penempatan kolej pelajar Ijazah yang berpindah ke UiTM Jasin dan Seremban 3
Seperti yang kita tahu, pelajar semester 1 hingga 4 akan berpindah ke kampus berkenaan pada semester hadapan. Sebulan yang lalu, saya merupakan orang yang bertanggungjawab dalam perjumpaan bersama arkitek UiTM Seremban 3 dan Timbalan Rektor UiTM Jasin bersama beberapa pelajar FSKM yang lain. Untuk pengetahuan, kawasan tersebut merupakan kawasan luar bandar dan mendapati kesukaran mencari rumah sewa di kawasan tersebut. Penempatan kolej yang disediakan di kedua-dua kampus berkenaan boleh memuatkan 2500 pelajar dan hanya disediakan untuk pelajar diploma sahaja. Sekiranya saya dipilih, saya akan berusaha untuk memperjuangkan hak pelajar untuk mendapatkan penempatan sementara di kolej berkenaan. Saya telah meninjau dan membuat beberapa pemerhatian, ketika proses perpindahan tersebut,pelajar diploma sedang bercuti. Ketika itu juga,kesemua kolej tersebut kosong. Saya akan berusaha mencadangkan pada pihak pengurusan supaya membenarkan pelajar menetap di kolej berkenaan.
(2) Bilik Rehat Pelajar NR ketika waktu “office hour”
Berdasarkan statistik semasa, FSKM mempunyai ramai pelajar Non Resident (NR) berbanding pelajar yang mendapat kemudahan kolej di UiTM Shah Alam. Hasil dari temuramah beberapa pelajar NR, mereka menghadapi kesukaran untuk ke kelas sekiranya ada "gap" yang panjang dalam jadual kelas mereka. Disebabkan faktor kewangan dan pengangkutan, mereka terpaksa "stay back" di fakulti. Ruang yang ada disekitar fakulti (Laman Najib) amat terhad ditambah pula aktiviti-aktiviti kelab turut diadakan di kawasan tersebut. Ini membuatkan pelajar NR tiada tempat untuk duduk menunggu sehingga kelas seterusnya bermula. Disebabkan hal ini, saya mengambil langkah untuk mewujudkan sebuah bilik khas untuk pelajar NR memandangkan pada semester hadapan FSKM terlibat secara besar-besaran memindahkan pelajar ke kampus cawangan UiTM. Saya akan cuba berusaha untuk mendapatkan sebuah bilik untuk kemudahan pelajar NR.
(3)Pemansuhan Stiker Elektrik untuk pelajar aktif di fakulti
Sepanjang pengalaman saya berada di UITM selama 4 tahun, saya dapati mereka yang aktif di kolej pasti diberi keistimewaan kemudahan dan penempatan kolej. Manakala pelajar yang aktif di peringkat fakulti sebaliknya. Pelajar terpaksa berebut dengan pelajar lain untuk mendapatkan kemudahan kolej. Pada pandangan saya, pelajar aktif di fakulti juga menyumbangkan sesuatu untuk UiTM bahkan program di peringkat fakulti juga banyak mengharumkan nama UiTM. Sekiranya hak keistimewaan kolej tidak boleh diberikan kepada pelajar aktif dan pelajar aktif tersebut terpaksa bersaing dengan pelajar lain, saya akan memperjuangkan juga hak pelajar aktif dengan mencadangkan pihak pengurusan kolej memansuhkan bayaran elektrik kolej untuk pelajar aktif. Ini juga dikira sebagai menghargai jasa pelajar tersebut.
Sekiranya anda ingin perkara ini terjadi, AYUH PILIHLAH SAYA “ NOR IZWAN SHAH BIN ABD RAHIM” ~ "MAHASISWA CAKNA KEBAJIKAN TERBELA"
No comments:
Post a Comment