Tuesday, November 8, 2011

Pewaris Datuk Haji Baginda

firstly,I want to wish selamat hari raya eidul adha...kali ini,entry aku pasai reunion pewaris2 datuk haji baginda yg telah berpisah lebih 40 tahun..Reunion nie di adakan pada hari raya ke-2 eidul adha...3 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah ditumbangkan utk di jadikan korban...emm,.aku nie kira keturunan ke-4 lau xclap...malas nak taip panjang2...nt ada yg kata entry aku nie gebang je..haha...baca la kisah reunion nie di surat khabar utusan or kosmo bahagian selatan tarikh 8-8-2011...


800 keturunan Datuk Baginda berkumpul sempena Aidiladha


SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga keturunan Datuk Baginda Abdul Jalil yang mengadakan pertemuan di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 7 Nov. - Kira-kira 800 ahli keluarga daripada lima generasi keturunan Datuk Baginda Abdul Jalil di Kampung Umbai, mengadakan majlis pertemuan sulung di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) di sini hari ini.
Dengan tema 'Kenal Saudara dan Rapatkan Silaturrahim' sambil memakai baju berwarna merah, hijau, biru dan kuning, sanak-saudara dari dalam dan luar negara berkumpul serta diraikan dalam satu majlis yang berlangsung meriah.
Pengerusi sambutan itu, yang juga cicit kepada Allahyarham Datuk Baginda, Ir. Mohd. Diah Abdul Majid berkata, idea majlis kali pertama diadakan itu timbul pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu apabila melihat ramai sanak-saudara mengunjungi antara satu sama lain.
"Pada masa itu, keluarga ini banyak terpisah kerana merantau sehingga ke luar negara seperti di Singapura, Jepun, California, New Zealand, Perth, Sydney dan Melbourne.
"Ada yang kami cuma tahu nama, tapi tidak pernah berjumpa selama 40 tahun sehingga saya terfikir apa akan jadi kepada generasi-generasi seterusnya sekiranya datuk nenek kami meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Mohd. Diah, perjumpaan lima generasi bermula daripada generasi ketiga sehingga ke lapan itu bertambah bermakna apabila ia dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
"Dalam pertemuan ini, kami juga menyuarakan hasrat kepada Ketua Menteri untuk menubuhkan Konsortium Keluarga Datuk Haji Baginda bagi mengumpulkan tenaga pakar di kalangan keluarga ini bagi menyumbang kepada pembangunan negeri," katanya.
Beliau berkata, semasa moyangnya hidup, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok dan mendesak kerajaan mendirikan sebuah sekolah sehingga dikenali sebagai SKDHB hari ini.
Mohd. Diah berkata, Datuk Baginda juga terkenal merupakan seorang yang dermawan dan sering membantu penduduk kampung sehingga beliau diberi gelaran datuk oleh penduduk setempat sebelum meninggal dunia pada 1952 ketika berusia 92 tahun.
Pelbagai acara menarik diadakan dalam perjumpaan itu termasuk gotong royong, sukaneka dan jamuan makan.


says : family aku warna biru..next entry aku akan boh gambar2 event ini..nantikan.........

2 comments:

  1. gua keluarga haji baginda gak...color merah.tapi aritu tak dapat balik. yang penting gua dgr geng merah menang.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. salam sedara datuk baginda..xpe,next year boleh jumpa...haha..biru hebat..tp malas tunjuk hebat..

    ReplyDelete