Marah??!!
Marah,Positif VS
Negatif?
Marah merupakan satu
sifat semulajadi kurniaan Allah. Manusia tak perlu diajar camne cara2nya nak
marah, sebaliknya ia akan lahir dengan sendirinya apabila berlaku sesuatu yang
tidak disukai, menyakitkan,atau tidak dikehendaki berlaku terhadap diri.
Menyebut berkenaan marah Hamka di dalam bukunya yang berjudul Tasauf moden mengatakan bahawa kemarahan itu sesuatu yang perlu ada bagi manusia. kerana tanpa marah manusia akan hilang daya pertahanan. Kemarahan adalah menjadi sebab wujudnya sensitiviti terhadap sesuatu perkara dimana tanpanya manusia itu tidak ubah seperti makhluk yang tidak bernyawa. Persoalannya sejauh manakah kita meletakkan perasaan marah itu pada tempat, waktu dan keadaannya supaya ianya mampu memberi impak yang positif?
Marah merupakan sifat yang timbul daripada nafsu.
Marah yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia sepatutnya dikawal oleh akal
yang berlandaskan iman. Imam Ghazali ada menyatakan, “Kesempurnaan bahagia itu
bergantung kepada tiga kekuatan iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan
kekuatan ilmu.”
Ini bermakna marah dan syahwat yang tumbuh
daripada dahan nafsu akan membuahkan kesan yang positif sekiranya akal dapat
mengawal dan mengimbangi pengaruhnya di dalam diri seseorang. Jika akal tidak
mengawal rasa marah, nafsu akan mengambil alih peranan kawalan secara total
sehingga timbullah bermacam-macam perkara negatif seperti dendam dan
sebagainya.
Pentingnya mengawal marah?
Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana
dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan yang dilarang agama, katanya:
"Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia
ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh
mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola."
Dengan ini, jelas menunjukkan ketika kita sedang marah,
syaitan akan mula mengambil kesempatan terhadap diri kita, hinggakan fikiran
dan emosi terganggu, hati panas dan pastinya tindakan akan mengikut fikiran
yang tidak waras. Bimbang, akan ada yang teraniaya atau dizalimi dengan
tindakan kita gara2 menurutkan perasaan marah..na’uzubillah…
Saidina Ali di dalam sebuah peperangan dimana
beliau yang hampir berjaya membunuh seorang lawannya, melepaskan musuh tersebut
setelah musuh tersebut meludah ke mukanya sebelum sempat tikaman pedang Saidina
Ali mengenainya. Ini kerana beliau tidak mahu menghukum akibat perasaan marah
kerana dirinya diludah, sebaliknya kerana rasa marah untuk agama.
Sifat pemaaf dan menahan marah juga sebahagian dari kategori
taqwa yang dinyatakan Allah dalam surah ali Imran yang berbunyi:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal
yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
bertaqwa;”
“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan
orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;”
-Ali imran: 133-134-
Marah yang dibolehkan
dalam islam?
Ahli tasauf Islam menerangkan bahawa marah itu
terpuji hanya dalam dua perkara saja iaitu marah mempertahankan kehormatan dan
marah mempertahankan agama.
Sabda Rasulullah S.A.W, ‘’Yang sebaik-baik umatku
ialah yang sikapnya keras di dalam menjalankan hukum agama.”
Camne nak atasi?
Satu masa dulu,sy
sendiri pernah melalui saat menjadi sorang yang pemarah..salah sikit je,nak
marah je rasa..tetapi, lama kelamaan, diri sendiri merasa “penat” dengan
sifat pemarah, rimas, cepat penat bila asyik nak marah, sampaikan timbul rasa
tak suka nak menjadi diri sendiri bila memikirkan perasaan orang disekeliling
yang menerima akibatnya. Kalau dibiarkan penyakit camtu, diri sendiri akan
sentiasa tak tenang dengan sifat cepat marah, akhirnya mencari jalan bagaimana
nak mengubatinya..berikut antara perkara2 yang saya cuba amalkan yang
alhamdulillah, dah lama diri ini bebas dari belenggu penyakit cepat
marah..kesimpulannye, sifat cepat marah bukan sesuatu yang tidak boleh diubah,
berkat usaha, mujahadah diri sediri, doa dan tawakkal insyaAllah mampu diubah..=)
a) Bersangka baik dan fikirkan kebaikan orang y
membuatkan kita marah. Janganlah terlalu membenci dan marahkan sesorang, kerana
mungkin suatu masa nanti, orang itu berjasa untuk kita
b) Jangan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius
sehingga memberi gambaran sebaliknya. Jangan cepat menyalahkan orang, letakkan
diri kita di tempat orang yang membuatkan kita marah, apakah kita mampu
mengelaknya kerana boleh jadi kita marah kerana tidak memahami situasi sebenar
orang itu.
c) Ingatlah sifat pemaaf Allah yang mampu memaafkan
hamba2nya yang sentiasa berbuat dosa dan tidak dapat lari dari dosa, apatah
lagi kita yang tidak punya apa2, layakkah kita yang bukan sape2 untuk tidak
memaafkan manusia hatta Penciptanya mampu memaafkannya (selain dari dosa
syirik)?
d) Mengingati kelemahan diri sendiri sebagai manusia
yang juga tidak pernah lari dari kesilapan supaya kita tidak berharap orang
lain mampu lari dari kesilapan.
e) Mengingati diri kita betapa buruknya rupa kita ketika
marah seolah-olah ianya bukan diri kita
f) Memohon perlindungan kepada Allah daripada terjebak
dalam kemarahan yang tidak kena pada tempatnya
g) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika salah
seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka
hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia
berbaring." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
h) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu
diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh
kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia
berwuduk." (Hadis diriwayatkan Abu Daud)
i) Mengingati kelebihan dan ganjaran yang diberikan oleh
Allah s.w.t kepada sesiapa yang menahan kemarahan:
i. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu
Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasulullah,
tunjukkan kepada saya satu amlan yang membolehkan saya masuk ke dalam
syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah"
ii. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang
sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah
akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya
kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai." (Hadis riwayat
Tirmizi dan Ibn Majah)
iii. "Dan
bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu
kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat
baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai
orang zalim."
(Surah asy-Syura: 39-40)
(Surah asy-Syura: 39-40)
Akhir kalam…:
i) Buat yang mendapat suami yang mudah marah:
-berbahagialah dengan pasangan yang dkurniakan
untukmu..sesungguhnya kurniaan itu dapat mengelak dirimu dari menjadi isteri
yang derhaka sebaliknya memastikanmu menjadi isteri yang sentiasa taat dan
patuh.alhamdulillah...=D
ii) Buat yang mendapat isteri yang mudah marah:
-Berbahagialah dengan pasangan yang dikurniakan
untukmu..walau pun dia pemarah, dia tetap setia menguruskan hal rumah tangga
dan berkhidmat sebagai seorang isteri.boleh jadi marah itu merupakan cara dia
menghilangkan penat lelahnya menguruskan hal rumah tanggamu.sesungguhnya,
dirimu dberi peluang mengumpul pahala hasil dari kesabaranmu sehari2an..=D
iii) Buat yang mudah marah:
-Berbahagialah kerana orang dsekelilingmu masih
menerima kehadiranmu seadanya, masih menghargaimu walau seteruk mana pun
kemarahanmu..namun,sekali sekala,belajarlah memaafkan dan menyelami persaan
orang disekelilingmu supaya mereka turut merasa dihargai..=D
Kesimpulannya,berbahagialah dan bersyukurlah
dengan apa yang kita ada..Allah selalu akan berikan apa yang kita perlu, bukan
apa yang kita mahu.Lumrah manusia, apa yang ada,jarang disyukuri, apa yang
tiada,sering dirisaukan..(petikan lirik lagu "Antara Dua Cinta"
nyanyian The Zikr..=D)
Wallahu a’lam..
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: "Orang yang kuat itu bukan terletak pada
kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan
diri mereka ketika sedang marah."
-Hadis riwayat Imam Ahmad-
p/s : copy paste dr blog who am i...ty
No comments:
Post a Comment