Tuesday, November 22, 2011
Friday, November 11, 2011
Makna sebatang pen
pen or pena...nak taw x pe akibat lau ilang pen???
hilang pen - tak boleh buat homework
tak buat homework - tak pandai
tak pandai - fail exam
fail exam - takde ijazah
takde ijazah - tak dapat keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - serabai
serabai - tak lawa
tak lawa - takde org nk
takde org nk - tak boleh kawin
tak kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
tak pandai - fail exam
fail exam - takde ijazah
takde ijazah - tak dapat keje
tak dapat keje - takde duit
takde duit - serabai
serabai - tak lawa
tak lawa - takde org nk
takde org nk - tak boleh kawin
tak kawin - takde anak
takde anak - lonely
lonely - tertekan
tertekan - bunuh diri
says : jangan hilangkan pen ! -_-"
Facebook or FB
haha..gelak tanpa sebab...haha....ok,ari nie nak cte pasai fb...bukan nak terangkan fb 2 apa...semua da taw kowt...hahaha..gelak tanpa sebab lagi...(gila gedik)..nie nak cerita sikit,aku baru tglkan dunia fb dalam 2 hari disebabkan hal2 negara..fb aku dipenuhi dgn notification yg xtaw la penting or x...korg tgk la sendiri byk ke x byk noti aku nie...noti singkatan bg notification...sama bunyi cam naughty...haha...nt chck la cara sebut yg btoi...
hampir 100...haha
aku x tipu kan??
says : 3 hari 2 malam di melaka...ada masa utk on9 tapi malas...
Tuesday, November 8, 2011
Tarikh-tarikh Penting Uitm Perak
teliti dan amati...byk sgt yg tny soklan byk2...so,entry nie khas utk student2 uitm dan khusus kepada uitm perak diploma statistik...
anda da chck result blom??
Tarikh utk daftar kos
tarikh utk daftar kolej
jadual akademik semester nov-mac 2012
tarikh penting utk ambil muet.
maklumat diceduk dari student portal uitm..
says : haku nak tolong spe yg xtaw...kopak kredit lau msg je.,.harap membantu...yg da taw,ps 2 nak komen aku mcm2,boleh berambus...haha
Pewaris Datuk Haji Baginda
firstly,I want to wish selamat hari raya eidul adha...kali ini,entry aku pasai reunion pewaris2 datuk haji baginda yg telah berpisah lebih 40 tahun..Reunion nie di adakan pada hari raya ke-2 eidul adha...3 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah ditumbangkan utk di jadikan korban...emm,.aku nie kira keturunan ke-4 lau xclap...malas nak taip panjang2...nt ada yg kata entry aku nie gebang je..haha...baca la kisah reunion nie di surat khabar utusan or kosmo bahagian selatan tarikh 8-8-2011...
800 keturunan Datuk Baginda berkumpul sempena Aidiladha
JASIN 7 Nov. - Kira-kira 800 ahli keluarga daripada lima generasi keturunan Datuk Baginda Abdul Jalil di Kampung Umbai, mengadakan majlis pertemuan sulung di Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda (SKDHB) di sini hari ini.
Dengan tema 'Kenal Saudara dan Rapatkan Silaturrahim' sambil memakai baju berwarna merah, hijau, biru dan kuning, sanak-saudara dari dalam dan luar negara berkumpul serta diraikan dalam satu majlis yang berlangsung meriah.
Pengerusi sambutan itu, yang juga cicit kepada Allahyarham Datuk Baginda, Ir. Mohd. Diah Abdul Majid berkata, idea majlis kali pertama diadakan itu timbul pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu apabila melihat ramai sanak-saudara mengunjungi antara satu sama lain.
"Pada masa itu, keluarga ini banyak terpisah kerana merantau sehingga ke luar negara seperti di Singapura, Jepun, California, New Zealand, Perth, Sydney dan Melbourne.
"Ada yang kami cuma tahu nama, tapi tidak pernah berjumpa selama 40 tahun sehingga saya terfikir apa akan jadi kepada generasi-generasi seterusnya sekiranya datuk nenek kami meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Mohd. Diah, perjumpaan lima generasi bermula daripada generasi ketiga sehingga ke lapan itu bertambah bermakna apabila ia dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
"Dalam pertemuan ini, kami juga menyuarakan hasrat kepada Ketua Menteri untuk menubuhkan Konsortium Keluarga Datuk Haji Baginda bagi mengumpulkan tenaga pakar di kalangan keluarga ini bagi menyumbang kepada pembangunan negeri," katanya.
Beliau berkata, semasa moyangnya hidup, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok dan mendesak kerajaan mendirikan sebuah sekolah sehingga dikenali sebagai SKDHB hari ini.
Mohd. Diah berkata, Datuk Baginda juga terkenal merupakan seorang yang dermawan dan sering membantu penduduk kampung sehingga beliau diberi gelaran datuk oleh penduduk setempat sebelum meninggal dunia pada 1952 ketika berusia 92 tahun.
Pelbagai acara menarik diadakan dalam perjumpaan itu termasuk gotong royong, sukaneka dan jamuan makan.
copy paste dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm
says : family aku warna biru..next entry aku akan boh gambar2 event ini..nantikan.........
Subscribe to:
Posts (Atom)